Monday, April 20, 2015

a Loner?

World.

sendiri tak berertinya sunyi.
mungkin dari segi luaran, kau tampak kesunyian
tapi, dalam hati, siapa yang tahu kan.
hanya Allah ja yang tahu,
perasaan hati ni.

aku sering sendiri
bukan tidak mahu mencari teman,
tapi lebih selesa tidak bergantung pada manusia
manusia, bukan tempat bergantungan aku
hanya Allah,Tuhan yang menjadi tempat bergantung.

kerana manusia tidak dapat menyembuhkan engkau tanpa kekuasaanNya.
hanya dengan izinNya, manusia mampu menjadi penyembuh penyakit.
tetapi, itu semua kerana Allah yang memberikan kuasaNya.

perasaan sedih tu biasa
semua perasaan negatif tu biasa
siapa ja yang x pernah rasai perasaan tu, semua pernah.
tapi yang membezakan antara aku dan engkau ialah cara kita memlalui perasaan tu

jangan ikut kata hati sangat
kerana ikut hati mati.

apa yang kau perlu buat bila kau buntu? hilang hala tuju?
kau perlu petunjuk.
nak mintak dekat siapa?
Allah.

ya, aku boleh berbcara dengan lancarnya
menasihatkan itu ini, tapi, untuk membuat itu, perlukan kesabaran
ketabahan
keberanian

tidak ada satu pun yang mudah melainkan kita yang berusaha.

Loves,
NEA

Sunday, April 5, 2015

The Journey - The Blue Lagoon

Assalammualaikum semua!!!

040415 haritu, aku sertai Program Kembara Penjelajahan Alam dekat Hutan Simpan Ayer Hitam, Puchong.
Hutan Simpan ni under UPM. So, Hutan Simpan ni ada banyak keistimewaan sebab boleh buat penyelidikan, kajian, sebab selalunya Hutan Simpan tak leh masuk.
Tapi, Hutan Simpan Ayer Hitam ni dah diwartakan beberapa kali sebagai Hutan Simpan Kekal, Hutan Simpan Pendidikan dan Penyelidikan dan banyak lagi. boleh google untuk tahu lebih lanjut tentang hutan simpan ni.

Baru2 ni kan ada satu video ni yang tengah viral kat fb tentang sekumpulan orang ni p masuk ke Hutan Simpan ni dan telah 'menemui' Blue Lagoon.

Blue Lagoon ni adalah salah satu tempat dalam Hutan Simpan Ayer Hitam ni.
Blue Lagoon ni tersangatlah cantik. serius, terpukau bila dah sampai tempat tu.

Nak masuk Blue Lagoon ni kena ada surat kebenaran sebab nama pun Hutan Simpan. ada tuan. ada penjaga. mana boleh menceroboh sesuka hati. waktu pi haritu pun, terjumpa 3 kumpulan 'penceroboh'. 
Bak kata tuan renger, "kalau saya masuk rumah kamu tanpa izin, kamu marah tak? mesti marah kan, samalah dengan masuk ke sini"

So, kalau ada sesiapa nak buat penyelidikan atau kajian boleh lah ke sini. 










Kekuasaan Allah tu tak terbatas
sangat besar.
terasa kerdil diri.

Love,
Fearless Starstruck